Mengapa saya memilih tajuk diatas sedangkan ada banyak lagi tajuk yang lebih menarik untuk tatapan kalian semua. Pilihan tajuk ini berdasarkan pengalaman saya apabila mengalami sendiri kecederaan apabila melakukan aktiviti masa senggang atau bila ada masa lapang...free time. Pilihan kasut yang sesuai memainkan peranan yang penting untuk fizikal badan. Kasut yang mahal harganya tentu ada kelebihan jika dibandingkan dengan kasut yang murah dan senang dapat walaupun dipasar malam. Kasut yang mahal contohnya kasut ASICS yang harganya mencecah RM500 tetapi apabila kita memakainya baru kita tahu kesannya kepada kaki kita atau kalah membeli tap
i menang memakai...kasut ini direka khas untuk anatomi kaki kita dan setiap lapisan yang ada memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kaki kita. Saya tidak menyalahkan kalian yang tidak kisah dalam pilihan kasut apabila melakukan aktiviti masa senggang asalkan badan kita berpeluh tetapi kesan jangka panjangnya kaki akan sakit dan ia akan melibatkan lutut kita yang banyak menyokong berat badan. Dari mencari kesihatan untuk badan tapi berubah mencari rawatan pula....apa pandangan kalian semua.
Tambahan...kasut yg mahal memang banyak kelebihan 1. ada penyerapan daya 2. lapisan yang banyak kaki tidak cedera 3. sistem pengudaraan yg baik 4. tahan lebih lama
ReplyDeletesaya sangat bersetuju dengan pandangan anda.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete